Sabtu, 2 April 2022

Pengenalan Diri

 



Assalamualaikum warga blog. Merhaba! Jadi harini aku nak ambik masa korang sikit. Bukan apa, hanya nak kenalkan diri aku... maklumlah pertama kali jari-jemari manis aku ni menaip di blog ni. Kenalkan, aku Rahmatina binti Che Rosli dan sudah mencecah usia 22 tahun. Satu keunikan kepada batch kami yang lahir pada tahun 2000 ni.. mereka tak payah nak susah-susah ambik kalkulator nak kira umur kami berapa. Contohnya laa kan.. tahun ni dah masuk tahun 2022, jadi buang je angka dua kosong dekat depan tu dan itulah umur kami. Bagi aku, siapa je yang tak ingat umur sendiri kan hahaha. Bukan batch aku je.. mesti korang rasa nama aku pon unik kan? hahaha.. tapi aku pon bersyukur dikurniakan mak ayah yang pandai pilih nama untuk anak bongsu dia ni haa.. apa yang paling best, setiap kali orang tanya nama aku, mesti ada je yang tanya apa maksud disebalik nama aku. Kalau korang semua nak tahu, maksud nama aku adalah "rahmat kami". Bila aku tahu maksud nama ni dari mulut mak ayah aku, aku sendiri pon terharu. Kononnya akulah rahmat yang dikandung dan dilahirkan dari rahim mak aku hahaha. Aku berasal dari Kelantan dan mempunyai lima adik beradik. Aku mempunyai seorang kakak dan tiga orang abang. Senang cerita, aku ni memang kaki kikis duit abang dan kakak aku. Apa salahnya, kikis duit adik beradik kita juga kan? kalau bukan mereka siapa lagi kita nak minta tolong.  

Aku membuat keputusan untuk meneruskan pengajian aku ke universiti setelah menghabiskan diploma dari prauniversiti atau tingkatan enam dan sungguh tidak kuduga UPM sudi untuk ambil aku jadi pelajar kat sini. Sejujurnya, bukan pilihan utama aku untuk melanjutkan pelajaran aku disini, tapi disebabkan aku gagal dalam ujian temuduga untuk menceburi dalam bidang pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Namun, aku tidak melatah.. menjadi satu kebaikan pula, dua abang aku tinggal berdekatan dengan tempat aku belajar dan aku tekad untuk meneruskan juga pengajian aku di UPM. Mungkin ini takdir yang telah ditetapkan olehNya. Kini, cinta dan sayangku telah terpahat di sini, dan aku seorang pelajar tahun kedua dalam Bacelor Bahasa Sastera dan Linguistik Melayu di UPM. We love UPM.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Simpulan Bahasa

Pautan Link Youtube:  Simpulan Bahasa