Selasa, 12 April 2022

Elemen Asas Grafik

 

Elemen Asas Grafik 

Elemen asas grafik adalah satu aspek yang perlu dititikberatkan dalam menghasilkan sesuatu hasil grafik sama ada poster, infografik, banner dan sebagainya. Terdapat beberapa elemen asas grafik dan antaranya ialah elemen mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. 


Elemen Asas Grafik dari Sumber Internet.



Elemen: Mudah     Tema: Infografik

Rujukan: https://images.app.goo.gl/6UZ8YWBfvEBHCbv2A 

Huraian: 

Poster tersebut mempunyai bebberapa elemen asas grafik dan elemen yang paling ketara ialah elemen mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana, poster ini mudah untuk difahami sekaligus menunjukkan bahawa pereka poster ini berjaya mengaplikasikan elemen mudah di dalam poster tersebut. Hal ini dapat diperinscikan lagi apabila pembaca mudah untuk memahami maksud poster ini berkaitan dengan arahan pemakaian topeng pelitup muka rentetan penularan wabak COVID-19 yang berleluasa. Poster ini juga menjelaskan arahan tersebt dnegan menggunakan tiga bahasa untuk memudahkan bangsa asing untuk memahaminya. 





   Elemen: Warna     Tema: Pemandangan

Rujukan: https://images.app.goo.gl/8kaFyRifVe5szD4Z6

Huraian: 

Gambar pemandangan tasik di atas menepati ciri-ciri asas grafik dengan menunjukkan beberapa elemen yang berkaitan. Merujuk kepada gambar tersebut, elemen yang paling ketara ialah elemen warna. Penghasilan sesebuah grafik menjadi lebih menarik apabila menggunakan aspek warna. Namun, penggunaan warna seharusnya tidak melebihi daripada empat warna sahaja bagi poster atau grafik biasa kecuali grafik yang berkaitan dnegan pelangi dan seangkatan dengannya. Gambar tersebut jelas menepati elemen warna iaitu dengan penggunaan warna hijau, kuning, dan putih.  





Elemen: Teks      Tema: Papan Tanda

Rujukan: https://images.app.goo.gl/MSPf4yAJp8Hk23HK7

Huraian: 

Elemen teks dianggap sebagai satu elemen asas yang penting bagi suatu hasil grafik terutamnya yang berkaitan dengan papan tanda jalan raya, iklan, poster, banner dan sebagainya. Hal ini demikian kerana grafik ini bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada pengguna jalan raya dan undang-undang yang harus dipatuhi oleh pengguna jalan raya. Merujuk kepada gambar rajah tersebut, terdapat satu papan tanda arahan untuk berhenti di satu simpang. Pereka gfarik ini berjaya menggunakan aspek teks kerana papan tanda ini dapat dibaca dengan baik dengan menggunakan jenis fon, sain fon, dan warna fon yang sesuai dan menimbulkan penegasan. 




Elemen: Keseimbangan          Tema: Ruang belajar

Rujukan: https://images.app.goo.gl/J1GYcCFG4Kt5XFLfA

Huraian:

Elemen keseimbangan kebiasaanya digunakan untuk menunjukkan kesimbangan bagi suatu hasil grafik yang dihasilkan. Terdapat dua aspek kesimbangan yang dapat dilihat dalam asas grafik iaitu keseimbangan simetri dan asimetri. Keseimbangan simetri ialah grafik yang menujukkan keseimbangan yang sama rata dari setiap sudut manakala asimetri adalah sebaliknya. Gambar ruang belajr di atas jelas menunjukkan pereka mewujudkan keseimbangan simteri dari segi kiri dan kanan. Bukan itu sahaja, pereka juga menimbulkan elemen keseimbangan warna yang dapat membezakan bahagian tersebut dnegan sama rata. 





Elemen: Kesesuaian          Tema: Iklan 

Rujukan: https://images.app.goo.gl/2Sn635bxpKencXSG6

Huraian:

Gambar iklan produk minuman dia atas menujukkan penggunaan elemen kesesuaian yang amat ketara. Hal ini dapat dijelaskan lagi bahawa iklan ini mempromosikan produk minuman yang berasaskan pucuk teh. Hasil grafik ini dianggap bersesuaian apabila menggunakan latar belakang yang sesuai dengan apa yang ingin dipromosikan iaitu dengan menggunakan latar belakang ladang teh dan lebih jelas lagi adalah bahagian pucuk teh tersebut. Pereka cuba untuk menimbulkan lagi elemen kesesuaian dalam iklan tersebut dengan menggunakan latar yang menjurus kepada apa yang ingin diiklankan kepada pembaca.  



Elemen Asas Grafik dari Sumber Tangkapan Sendiri



Elemen: Mudah    Tema: Masjid

Lokasi: Masjid Mukim Mensira

Huraian:

Merujuk kepada gambar di atas, terdapat elemen mudah yang ditonjolkan. Elemen dapat dilihat pada bentuk bangunan dan kubah yang menunjukkan bahawa gambar ini adalah gambar masjid. Dengan hanya melihat benuk kubah tersebut, audiens dapat meneka bahawa ianya adalah masjid dengan serta merta. Hal ini bermaksud bahawa elemen mudah ini diaplikasikan dengan jayanya.




Elemen: Warna    Tema: Bunga

Lokasi: Bandar Pasir Puteh, Kelantan

Huraian: Elemen warna adalah elemen asas grafik yang wajib ada dalam setiap grafik yang dihasilkan. Elemen warna digunakan sekurang-kurangnya dua atau tiga warna bagi menonjolkan keindahan estetikanya. Gambar di atas merupakan gmabr pokok bunga yang menggunakan elemen warna asas yang menyerlah iaitu warna kuning. Warna lain yang terdapat dalam gambar tersebut ialah warna hijau dan coklat. Gambar ini sudah semestinya menepati elemen asas warna yang digunakan.






Elemen: Teks   Tema: Restoran

Lokasi: King's Char Kuey Teow, Port Dickson

Huraian: 

Elemen asas teks perlulah dititikberatkan sama ada dari jenis fon atau saiz fon yang digunakan. Gambar tersebut menunjukkan bahawa pereka memilih jenis fon yang sesuai dan mudah untuk difahami. Selain itu, saiz fon yang digunakan juga dapat dibaca dengan jelas apabila pereka menggunakan tulisan yang berwarna putih dan berlatarbelakangkan warna merah. Hal ini telah menimbulkan penegasan agar pembaca dapat memahami mesej yang igin disampaikan oleh pereka.





Elemen: Kesesuaian   Tema: Makanan

Lokasi: Dunkin's Donut 

Huraian: 

Elemen kesesuaian merujuk kepada elemen yang menimbulkan keadaan yang seimbang dari segi segala aspek. Gambar dia atas menunjukkan bahawa elemen kesesuaian yang digunakan dapat dilihat dengan jelas sekali pada aspek bentuknya yang bulat bagi setiap donut. Bukan itu sahaja, warna perisa yang ditunjukkan pula seakan sama menambahkan lagi nilai kesesuaiannya. 






Elemen: Keseimbangan     Tema: Tanglong 

Lokasi: IOI City Mall

Huraian: 

Elemen keseimbangan adalah salah satu elemen penting yang perlu diberi perhatian oleh pereka apabila hendak mengahsilkan sesuatu hasil garfik yang berkesan. Elemen keseimbangan yang digunakan dapat menjadikan gambar yang dihasilkan lengkap. Gambar tersebut menunjukkan keseimbangan yang dapat dilihat pada kedudukan tanglong tersebut. Tanglong tersebut berada di tengah-tengah gambar yang menunjukan simetri pada bahgian kiri dan kanan. 











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Simpulan Bahasa

Pautan Link Youtube:  Simpulan Bahasa