Isnin, 11 Julai 2022

Ketika dan Kalimat




Hari pertama mengikuti kelas ini, seribu satu perasaan yang bermain di fikiran aku.  Yalahkan…subjek Bahasa Dalam Multimedia. Mesti susah giler!!! aku ni tak berapa pandai sangat bab-bab komputer nie…ni yang buat aku cuak.Huhu!!!!


Aku rasa orang lain pasti rasa sangat excited nak belajar subjek ni. Tapi lain pulak dengan aku yang rasanya sangat takut dengan subjek ni. Terpaksa juga aku ambil subjek ni, sebabnya wajib, nanti tak pasal-pasal aku tak dapat bergraduat pula. Huhu!!! Jadi, untuk itu aku perlulah teruskan hidup aku dengan mengambil juga subjek tu.

Pada hari pertama untuk kelas subjek BBM3410, pensyarahnya Dr Normaliza memberi serba sedikit penerangan tentang subjek ini. Selepas mendengar serba sedikit hal yang berkaitan dengan subjek ini iaitu Bahasa Dalam Multimedia, maka aku berasakan sesuatu yang berlaku dengan perasaan aku ni. Sebelum ini, aku rasa sangat takut dan gementar tetapi selepas mendengar penerangan daripada Dr NorMaliza, tiba-tiba perasaan aku berubah. Rasanya tidak sabar-sabar lagi untuk mengikuti kuliah subjek ini lagi.

Akhirnya, minggu yang aku tunggu-tunggu akhirnya sudah tiba. Aku sudah tidak sabar lagi untuk memulakan tugasan yang akan diberikan oleh Dr NorMaliza. Mula-mula sekali, kita orang perlu menubuhkan kumpulan untuk tugasan-tugasan yang selanjutnya. Setiap kumpulan perlulah mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh orang ahlinya. Jadi, aku masuk kumpulan yang terdiri daripada geng-geng aku sendiri.hehe!!! ahli kumpulan aku dinamakan sebagai kumpulan Va Production. Ahli kumpulan Va ini terdiri daripada aku sendiri, Wani, Reen, Sol, Atin, Ekin, Zaf, Isha, Mira, Ad dan Ida. Kumpulan aku semua gegirls takde kumbang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Simpulan Bahasa

Pautan Link Youtube:  Simpulan Bahasa